Tuesday, November 6, 2012

Long Lost Friend

Salam....
Tak disangka-sangka semalam dapat call dari seorang kawan merangkap teman merangkap ibu setelah lebih kurang 9 tahun jugak tak berjumpa.. macam-macam cerita bertukar dari cerita itu ke cerita ini.. dari isu diri.. anak-anak.. keluarga.. kerjaya dan sebagainya.. macam-macam perubahan berlaku.. how time flies.. satu cerita dan pengalaman yang nak diceritakan kat sini tentang kesihatan.. rupanya kawan ni salah sorang pengidap cancer payudara.. terjadi jugak kat dia dalam dok rasa diri kita sihat.. dia cerita pengalaman macam mana mula2 kena dari ada sebijik benda sebesar biji saga di sebelah puting. Memula dia ingat adakah itu tanda-tanda dia nak menapouse.. lama-lama bijik tu jadi lagi besar dan dah bertambah pulak.. terlalu cepat.. lebih kurang dalam 5-6 bulan...

Bermulalah episod dia pergi check up kat hospital dan doctor tak cakap banyak suh buat keputusan dalam masa 7 hari nak kena buat operation.. macam2 lah pikir masa tu kan.. sedih tu memang sedih kata dia.. perasaan orang yag dah didiagnose cancer ni semacam.. airmata pun semacam mengalirnya.. rupanya operation tu bukan setakat buang payudara malah sampai ke ketiak sebab ketiak merupakan gerbang untuk sel2 cancer merebak.. macam tulah sedikit sebanyak yang saya diberitahu...

Tapi Alhamdulillah.. sekarang dia dah sembuh sepenuhnya setelah setahun berlalu... masih ceria macam dulu2 yang saya kenal.. tapi ini cukup mememberikan saya sedikit pengalaman walaupun bukan diri sendiri yang menghadapi.. tapi sekurang-kurangnya kita bersedia.. 

Walaupun kita jaga bagai nak rak, kalau nak kena, kalau Allah nak uji kita pun tak boleh lari.. tapi another thing i learn andaikata berlaku kat diri kita, kita perlu kuat menghadapi semuanya.. Don't ever2 give up..! 

Lagi isu lain, pastilah perihal insuran.. andaiakata cerita ini dapat membuka sedikit minda bagi yg membaca, Alhamdulillah jugak.... sediakan payung sebelum hujan... Cheers!!

Wednesday, May 23, 2012

Kemaskini Apa Yang Patut

Kalau ada waktu yang lapang, lagi baik gunakan untuk kemaskini apa2 yang patut dikemaskini. Contohnya blog ni. Dah beberapa hari tak update.


Terasa lama pulak tak tulis apa2 kat blog ni. Beberapa hari ni agak terikat dengan beberapa urusan. Sebelum nak betul2 aktif untuk isikan blog ni dengan kandungan2 yang bagus2, saya nak kena kemaskinikan dulu page2 lain supaya lebih bernilai bila dibaca. Sekarang ni boleh dikatakan masih takde apa2 kandungan lagi pun kat page2 tu.. Sebenarnya isi kandungan yang dirancang nak letak kat situ semua dah ada dah.. Tapi sebab masih lagi bergantung kepada si suami untuk bantu di situ, sebab dia lebih mahir nak cantik2kan layout, letak gambar2 yang sesuai, dan sebagainya, jadi sampai la sekarang masih lagi tak dikemaskinikan lagi.. Dia agak sibuk sekarang ni..

Nanti bila dah kemaskini semuanya tu, insyaAllah blog ni saya akan update dengan lebih aktif lagi..

Saturday, May 19, 2012

Malang tidak berbau... Sediakan payung sebelum hujan...

Kemalangan ni tidak berbau.. Dia boleh berlaku bila2 masa dan di mana2 sahaja, tanpa sebarang amaran.. Baru je semalam saya sentuh pasal 'sediakan payung sebelum hujan'..

Kadang2 sesuatu nak jadi dia tak kira masa.. Macam harini anak sulong saya tengah syok2 main big baloon yg selalu ada kat karnival2 tuh yang budak2 suka sangat main boleh lompat2, ada gelongsor, dan sebagainya tu.. Tetiba ada budak tolak dia dari atas gelongsor dan dia terus jatuh ke bawah dan kaki dia terkena tangan budak lain yg tengah pakai jam yg tali jam tuh dibuat daripada besi measuring tape (recycle product, biasanya produk2 yg dibuat recycle guna measuring tape ni macam pengikat rambut la, gelang la, pembaris la, dll).. Luka la kaki dia, banyak jugak lah darah sampai menitik2.. Bawak lah dia pegi ke klinik berhampiran.. Bila dah terjadi kes macam ni rasa bahaya sangat la pulak inovasi produk yg guna recycle measuring tape tuh..

baru masuk dressing room kat klinik

luka dekat bawah ibu jari tu, bentuk huruf u

Kena 5 jahitan.. Pertama kali kena jahit, punyala meraung bila doktor cucuk bius dan masa doktor tengah jahit.. Doktor tak boleh bagi bius tu banyak sangat, sebab kalau banyak sangat nanti kesan sampingannya kaki tu boleh jadi bengkak, lagi susah.. Bila dah siap jahit, baru la ok sikit..

dah siap jahit baru la boleh nak tersengeh2
dapat babahnya dokong setelah sekian lama dah tak kena dokong

Malam2 sebelum tido saya bukak dia punya bandage.. Luka masa tu agak basah la lagi tapi masa saya dah nak tido, tengok luka tu dah agak kering dah laa.. Saya pun amik la gambar ni..

luka yang dah dijahit (5 jahitan)

Tu la.. Nasib baik la ada insurans.. Walaupun RM150 tu takde la jumlah besar sangat, tapi kalau takde insurans tak ke nak tak nak kena keluar jugak duit sendiri.. Tu baru RM150.. Kalau RM1,500, kalau RM15,000? Di situ la pentingnya nak kena ada insurans macam sediakan payung sebelum hujan.. Tapi bukanlah bermaksud bila ada insurans kita mengharapkan sesuatu berlaku supaya kita boleh claim.. Bila ada insurans secara tak langsung kita ada perlindungan.. Di samping tuh ada jugak simpanan dan pelaburan.. 

Friday, May 18, 2012

Polisi Insurans Mengikut Kesesuaian


Ada macam2 jenis polisi insurans yang ditawarkan oleh setiap syarikat insurans. Syarikat insurans pun ada bermacam2 jugak...
Mungkin agak sukar untuk kenal pasti syarikat yang mana dan polisi yang mana satu paling sesuai untuk diri kita.
Yang terbaik adalah kalau kita boleh luangkan masa untuk mengkaji selidik sendiri syarikat mana yang terbaik dari berbagai segi, dan polisi mana yang paling sesuai yang mampu memenuhi keperluan diri anda sendiri. Bila dah siap2 kaji, baru mudah sikit nak buat keputusan.
Tapi kadang2 orang takde masa nak buat kaji selidik ni sendiri. Ada pulak orang yang tak sedar tentang kepentingan insurans ni. Jadi, perlulah bergantung kepada agent2 insurans untuk membantu dalam hal ni...
Tapi yang paling penting sekali, jangan tangguhkan untuk mula mencarum dalam mana2 polisi insurans sekali pun.
Kita tak tahu bila kemalangan atau masalah kesihatan akan melanda diri kita atau keluarga kita.
Kos2 untuk perubatan makin lama makin tinggi. Jadi sebelum apa2 berlaku, baiklah kita sediakan payung sebelum hujan bak kata pepatah...

Cuba lihat promosi terkini yang ditawarkan oleh Prudential kepada pelanggan..

Tuesday, May 15, 2012

Pentingnya Perlindungan Hayat

Ramai orang masih tak sedar betapa pentingnya untuk memiliki perlindungan hayat. Sekarang ni, perlindungan hayat yang paling mudah dan mampu dimiliki adalah melalui caruman di dalam polisi insurans. Ada orang kata, buat apa amik insurans kalau bila dah mati nanti tak dapat pun nak merasa duit tu... Tapi kita kena faham, insurans bukan hanya terbatas kepada pelindungan bila dah mati nanti sahaja... Ia juga akan melindungi kita sekiranya berlaku kecederaan, kemalangan, atau kalau kita didapati menghidap penyakit2 kritikal (tapi ni bergantung kepada jenis polisi yang dicarum, mungkin ada perbezaan)...

Memandangkan kos perubatan yang tinggi sekarang ni, sebahagian besar daripada kita memang tak berkemampuan untuk menampung kos2 tersebut yang mampu mencecah ratusan ribu ringgit... Kalau ada pun orang yang ada duit berkepuk dalam simpanan bank ke, saham ke, emas ke, tunai bawah bantal ke, bila sampai waktu terpaksa keluarkan duit sendiri sedepuk nak bayar kat hospital, rasa jugak la terkilan tu... Duit hasil titik peluh usaha sendiri nak kumpul amik masa bertahun2, sekelip mata boleh lesap akibat kecederaan atau masalah kesihatan... Masa tu la baru terfikir betapa pentingnya kalau dah ada perlindungan hayat ni... Bayar kat polisi insurans beberapa ratus je sebulan untuk menyelamatkan kita daripada berada dalm situasi yang memerlukan kelak... Kalau masa tu takde duit simpanan sendiri, silap2 kena pinjam orang lain... Kalau pinjam dari orang, lepas tu tetap kena bayar kat orang tu bulan2 jugak... Sama je jadinya...

Tapi yang paling penting sekali, bila kita dah mati nanti (macam mana kita buat sekali pun, mati ni satu kepastian... Takleh elak punya), siapa yang akan kita tinggalkan di dunia ni... Suami atau isteri kita? Anak2 kita? Berapa ramai? Dah cukupkah harta dan ilmu yang kita ada yang akan kita tinggalkan kepada mereka? Adakah kebajikan dan gaya hidup (lifestyle) diorang tu akan tetap terpelihara dengan jumlah harta dan ilmu yang kita tinggalkan tu? Kalau belum, fikir2kanlah mengenai kepentingan perlindungan hayat. Dan bertindaklah segera sebelum terlambat.

Untuk maklumat lanjut tentang insurans, boleh tengok kat link insurans.
Hubungi Aida di 019-3053827 atau aidayati79@prupartner.com.my