Ramai orang masih tak sedar betapa pentingnya untuk memiliki perlindungan hayat. Sekarang ni, perlindungan hayat yang paling mudah dan mampu dimiliki adalah melalui caruman di dalam polisi insurans. Ada orang kata, buat apa amik insurans kalau bila dah mati nanti tak dapat pun nak merasa duit tu... Tapi kita kena faham, insurans bukan hanya terbatas kepada pelindungan bila dah mati nanti sahaja... Ia juga akan melindungi kita sekiranya berlaku kecederaan, kemalangan, atau kalau kita didapati menghidap penyakit2 kritikal (tapi ni bergantung kepada jenis polisi yang dicarum, mungkin ada perbezaan)...
Memandangkan kos perubatan yang tinggi sekarang ni, sebahagian besar daripada kita memang tak berkemampuan untuk menampung kos2 tersebut yang mampu mencecah ratusan ribu ringgit... Kalau ada pun orang yang ada duit berkepuk dalam simpanan bank ke, saham ke, emas ke, tunai bawah bantal ke, bila sampai waktu terpaksa keluarkan duit sendiri sedepuk nak bayar kat hospital, rasa jugak la terkilan tu... Duit hasil titik peluh usaha sendiri nak kumpul amik masa bertahun2, sekelip mata boleh lesap akibat kecederaan atau masalah kesihatan... Masa tu la baru terfikir betapa pentingnya kalau dah ada perlindungan hayat ni... Bayar kat polisi insurans beberapa ratus je sebulan untuk menyelamatkan kita daripada berada dalm situasi yang memerlukan kelak... Kalau masa tu takde duit simpanan sendiri, silap2 kena pinjam orang lain... Kalau pinjam dari orang, lepas tu tetap kena bayar kat orang tu bulan2 jugak... Sama je jadinya...
Tapi yang paling penting sekali, bila kita dah mati nanti (macam mana kita buat sekali pun, mati ni satu kepastian... Takleh elak punya), siapa yang akan kita tinggalkan di dunia ni... Suami atau isteri kita? Anak2 kita? Berapa ramai? Dah cukupkah harta dan ilmu yang kita ada yang akan kita tinggalkan kepada mereka? Adakah kebajikan dan gaya hidup (lifestyle) diorang tu akan tetap terpelihara dengan jumlah harta dan ilmu yang kita tinggalkan tu? Kalau belum, fikir2kanlah mengenai kepentingan perlindungan hayat. Dan bertindaklah segera sebelum terlambat.
Untuk maklumat lanjut tentang insurans, boleh tengok kat link insurans.
Hubungi Aida di 019-3053827 atau aidayati79@prupartner.com.my
No comments:
Post a Comment