Kemalangan ni tidak berbau.. Dia boleh berlaku bila2 masa dan di mana2 sahaja, tanpa sebarang amaran.. Baru je semalam saya sentuh pasal 'sediakan payung sebelum hujan'..
Kadang2 sesuatu nak jadi dia tak kira masa.. Macam harini anak sulong saya tengah syok2 main big baloon yg selalu ada kat karnival2 tuh yang budak2 suka sangat main boleh lompat2, ada gelongsor, dan sebagainya tu.. Tetiba ada budak tolak dia dari atas gelongsor dan dia terus jatuh ke bawah dan kaki dia terkena tangan budak lain yg tengah pakai jam yg tali jam tuh dibuat daripada besi measuring tape (recycle product, biasanya produk2 yg dibuat recycle guna measuring tape ni macam pengikat rambut la, gelang la, pembaris la, dll).. Luka la kaki dia, banyak jugak lah darah sampai menitik2.. Bawak lah dia pegi ke klinik berhampiran.. Bila dah terjadi kes macam ni rasa bahaya sangat la pulak inovasi produk yg guna recycle measuring tape tuh..
baru masuk dressing room kat klinik
luka dekat bawah ibu jari tu, bentuk huruf u
Kena 5 jahitan.. Pertama kali kena jahit, punyala meraung bila doktor cucuk bius dan masa doktor tengah jahit.. Doktor tak boleh bagi bius tu banyak sangat, sebab kalau banyak sangat nanti kesan sampingannya kaki tu boleh jadi bengkak, lagi susah.. Bila dah siap jahit, baru la ok sikit..
dah siap jahit baru la boleh nak tersengeh2
dapat babahnya dokong setelah sekian lama dah tak kena dokong
Malam2 sebelum tido saya bukak dia punya bandage.. Luka masa tu agak basah la lagi tapi masa saya dah nak tido, tengok luka tu dah agak kering dah laa.. Saya pun amik la gambar ni..
luka yang dah dijahit (5 jahitan)
Tu la.. Nasib baik la ada insurans.. Walaupun RM150 tu takde la jumlah besar sangat, tapi kalau takde insurans tak ke nak tak nak kena keluar jugak duit sendiri.. Tu baru RM150.. Kalau RM1,500, kalau RM15,000? Di situ la pentingnya nak kena ada insurans macam sediakan payung sebelum hujan.. Tapi bukanlah bermaksud bila ada insurans kita mengharapkan sesuatu berlaku supaya kita boleh claim.. Bila ada insurans secara tak langsung kita ada perlindungan.. Di samping tuh ada jugak simpanan dan pelaburan..