Tak disangka-sangka semalam dapat call dari seorang kawan merangkap teman merangkap ibu setelah lebih kurang 9 tahun jugak tak berjumpa.. macam-macam cerita bertukar dari cerita itu ke cerita ini.. dari isu diri.. anak-anak.. keluarga.. kerjaya dan sebagainya.. macam-macam perubahan berlaku.. how time flies.. satu cerita dan pengalaman yang nak diceritakan kat sini tentang kesihatan.. rupanya kawan ni salah sorang pengidap cancer payudara.. terjadi jugak kat dia dalam dok rasa diri kita sihat.. dia cerita pengalaman macam mana mula2 kena dari ada sebijik benda sebesar biji saga di sebelah puting. Memula dia ingat adakah itu tanda-tanda dia nak menapouse.. lama-lama bijik tu jadi lagi besar dan dah bertambah pulak.. terlalu cepat.. lebih kurang dalam 5-6 bulan...
Bermulalah episod dia pergi check up kat hospital dan doctor tak cakap banyak suh buat keputusan dalam masa 7 hari nak kena buat operation.. macam2 lah pikir masa tu kan.. sedih tu memang sedih kata dia.. perasaan orang yag dah didiagnose cancer ni semacam.. airmata pun semacam mengalirnya.. rupanya operation tu bukan setakat buang payudara malah sampai ke ketiak sebab ketiak merupakan gerbang untuk sel2 cancer merebak.. macam tulah sedikit sebanyak yang saya diberitahu...
Tapi Alhamdulillah.. sekarang dia dah sembuh sepenuhnya setelah setahun berlalu... masih ceria macam dulu2 yang saya kenal.. tapi ini cukup mememberikan saya sedikit pengalaman walaupun bukan diri sendiri yang menghadapi.. tapi sekurang-kurangnya kita bersedia..
Walaupun kita jaga bagai nak rak, kalau nak kena, kalau Allah nak uji kita pun tak boleh lari.. tapi another thing i learn andaikata berlaku kat diri kita, kita perlu kuat menghadapi semuanya.. Don't ever2 give up..!
Lagi isu lain, pastilah perihal insuran.. andaiakata cerita ini dapat membuka sedikit minda bagi yg membaca, Alhamdulillah jugak.... sediakan payung sebelum hujan... Cheers!!
No comments:
Post a Comment